pada tanggal 30 April 2010. telah diadakan satu majlis yang melibatkan ibu bapa dan guru-guru tahun 6. majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan diadakan di dewan PIBG SK Melayu Pusat. tujuan majlis ini diadakan untuk memberikan maklumat kepada ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. selain itu juga majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar SK Melayu Pusat. majlis ini diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua murid-murid tahun 6. setelah pembacaan ikrar semua murid dikehendaki menandatangani akujanji sambil disaksikan oleh ibu bapa masing-masing.

majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan ibu bapa dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan anak mereka masing-masing.

guru besar memberikan ucapan

antara tetamu yanag hadir


bacaan ikrar mengikut kelas

ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing

0 comments