pada tanggal 28 April 2010 lalu telah diadakan latihan kebakaran yang dikelolakan oleh AJK Keselamatan SK Melayu Pusat. aktiviti ini dimulakan pada pukul 7.30 pagi dimana semua pelajar berkumpul dipadang apabila loceng kecemasan dibunyikan. aktiviti ini seterusnya diteruskan dengan ceramah kebakaran yang disampaikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat , Limbang. aktiviti ini juga digarapkan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran.

aktiviti ini juga diteruskan dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kontijen Limbang. ceramah ini banyak menekankan cara-cara murid untuk menjaga keselamatan diri di sekolah dan di luar kawasan sekolah. diharapkan aktiviti ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada murid SK Melayu Pusat.

murid berbaris mengikut kelas & guru memeriksa jumlah murid

murid berada di dalam dewan sekolah untuk mendengar ceramah

ceramah kebakaran dari pihak Bomba Limbang

demo memadamkan kebakaran

ceramah keselamatan dari pihak PDRM Limbang

0 comments