pada tanggal 17 May 2010 yang lalu SK Melayu Pusat  telah mengadakan sambutan Haru Guru. pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. tujuan sambutan ini dilakukan ialah untuk memberikan penghargaan kepada semua guru-guru dan kakitangan sekolah terhadap penghargaan yang mereka sumbangkan.

antara gambar-gambar perlaksanaan aktiviti hari guru pada hari tersebut :-

para guru diarak masuk kedalam dewan

paluan kompang menyambut ketibaan guru-guru

ucapan dari wakil murid

ucapan dan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran oleh Guru Besar, Hjh Noraya bt Hj Basar

bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh PK Kokurikulum En Jamal b Lamit


guru besar menyampaikan hadiah kepada semua guru dan staf


persembahan dari murid
 
 
persembahan dari guru-guru

perlawanan bola sepak antara guru dan murid

majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Musbee Cafe



pada tanggal 30 April 2010. telah diadakan satu majlis yang melibatkan ibu bapa dan guru-guru tahun 6. majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan diadakan di dewan PIBG SK Melayu Pusat. tujuan majlis ini diadakan untuk memberikan maklumat kepada ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. selain itu juga majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar SK Melayu Pusat. majlis ini diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua murid-murid tahun 6. setelah pembacaan ikrar semua murid dikehendaki menandatangani akujanji sambil disaksikan oleh ibu bapa masing-masing.

majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan ibu bapa dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan anak mereka masing-masing.

guru besar memberikan ucapan

antara tetamu yanag hadir


bacaan ikrar mengikut kelas

ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing

pada tanggal 28 April 2010 lalu telah diadakan latihan kebakaran yang dikelolakan oleh AJK Keselamatan SK Melayu Pusat. aktiviti ini dimulakan pada pukul 7.30 pagi dimana semua pelajar berkumpul dipadang apabila loceng kecemasan dibunyikan. aktiviti ini seterusnya diteruskan dengan ceramah kebakaran yang disampaikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat , Limbang. aktiviti ini juga digarapkan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran.

aktiviti ini juga diteruskan dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kontijen Limbang. ceramah ini banyak menekankan cara-cara murid untuk menjaga keselamatan diri di sekolah dan di luar kawasan sekolah. diharapkan aktiviti ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada murid SK Melayu Pusat.

murid berbaris mengikut kelas & guru memeriksa jumlah murid

murid berada di dalam dewan sekolah untuk mendengar ceramah

ceramah kebakaran dari pihak Bomba Limbang

demo memadamkan kebakaran

ceramah keselamatan dari pihak PDRM Limbang

pada tanggal 23 April 2010 telah diadakan pertandingan pidato antidadah yang diadakan diantara rumah-rumah sukan. pertandingan ini adalah bertemakan tema Pendidikan Pencegahan Dadah Pada Tahun ini iaitu 1 Malaysia Membanteras Dadah. setiap rumah telah menghantar dua orang wakil yang terdiri dari seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. persaingan antara peserta adalah sengit kerana wakil-wakil murid yang dihantar adalah berbakat. pertandingan ini dihakimi oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang tersebut.tahniah diucapkan pada rumah Waja kerana menjuarai kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

 

pada 6 April 2010 unit bimbingan dan kaunseling SK Melayu Pusat bersama unit bimbingan dan kaunseling SK St Admund, SJKC Chung Hwa Limbang dan SK Limbang telah mengadakan lawatan bersama ke bilik sumber PPDa SMK Agama Limbang. tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengadakan panduan mengenai perlaksanaan program PPDa di sekolah dan melihat bagaimana bilik sumber PPDa ini diatur dengan cantik dan sempurna. kami juga telah diberikan taklimat mengenai pertandingan-pertandingan yang diadakan semasa karnival antidadah. terima kasih diucapkan kepada rakan guru bimbingan iaitu Cikgu Jeffry, Cikgu Lim dan Cikgu Maria. jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Rabiah selaku guru bimbingan dan kaunseling SMK Agama Limbang diatas layanan yang diberikan.


pada tanggal 31 mac panitia pendidikan islam SK Melayu Pusat telah mengadakan lawatan muhibah ke SK Trusan, Lawas. terima kasih diucapkan kerana Panitia Pendidikan Islam turut sama menjemput unit bimbingan dan kaunseling untuk menyertai lawatan tersebut. lawatan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan terutama sekali didalam bidang pendidikan islam. jutaan terima kasih juga kepada semua warga SK Trusan kerana sambutan yang diberikan. lawatan tersebut diakhiri dengan pertandingan bola tampar diantara warga SK Melayu Pusat dan SK Trusan.


Tingkatkan pengetahuan :-

  • cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda
Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-
  • terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
  • beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara
Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-
  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
  • berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
  • kenali rakan anak anda
  • ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.