pada 6 April 2010 unit bimbingan dan kaunseling SK Melayu Pusat bersama unit bimbingan dan kaunseling SK St Admund, SJKC Chung Hwa Limbang dan SK Limbang telah mengadakan lawatan bersama ke bilik sumber PPDa SMK Agama Limbang. tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengadakan panduan mengenai perlaksanaan program PPDa di sekolah dan melihat bagaimana bilik sumber PPDa ini diatur dengan cantik dan sempurna. kami juga telah diberikan taklimat mengenai pertandingan-pertandingan yang diadakan semasa karnival antidadah. terima kasih diucapkan kepada rakan guru bimbingan iaitu Cikgu Jeffry, Cikgu Lim dan Cikgu Maria. jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Rabiah selaku guru bimbingan dan kaunseling SMK Agama Limbang diatas layanan yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment